Monday 26 September 2011

Definasi Saka

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku sama ada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil kewujudan Saka

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:- Surah al-Jin: 6

Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..."

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.
Fakta: Saka

• Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

• Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

• Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

• Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

• Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

• Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Antara jenis saka

• Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.

• Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.

• Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.

• Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus.
Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.

• Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.

• Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.

• Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
Pertalian Antara Jin Dan Saka.

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya:

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka.

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:


1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Masa Saka Berpindah.

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.
Proses Perpindahan Saka.

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya.
Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.
   
Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang
yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin
dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya
kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat,
saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16
   

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin
tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.
   
Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.
Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang
harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
   
Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu
serumah denganngya.

Tip2 membuang SAKA boleh refer ke ruang petua berharga



Saka
Ada sesetengah orang suka bila ada kelebihan namun jika kelebihan datang dari unsur yang tidak diredhaiNya tidak mungkin untuk kita menyukainya. Orang melayu dahulu suka menyimpan saka atau pendamping dan selalunya ianya akan kekal secara paksaan didalam keturunan sehingga ada yang boleh membuang saka tersebut. Keluarga aku campuran siam melayu dan perkara ini umpama pusaka dari nenek moyang dahulu kala....sudah 2 malam aku di ganggu dengan mimpi yang tidak pernah datang sebelum ini yang mana membuatkan siang hari ku amat letih & mengantuk serta nak marahhhhh....bak kata seorang teman cuba lawan apa yang mendatang & cuba mengelak untuk kembali kesana....

Di antara tanda-tanda saka tersebut mula hendak berdamping dengan tuan barunya ialah tuan barunya itu akan mendengar suara-suara tertentu antaranya ialah :
1) Kedengaran bunyi loceng
2) Kedengaran bunyi suara angin
3) Kedengaran suara ombak
4) Terasa ada sesuatu masuk melalui jari-jari hingga terasa sejuk.
Bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami masalah gangguan saka, di antara tanda-tanda atau simptom-simptomnya adalah :
1) Mimpi bayi atau menyusukan bayi (bagi perempuan)
2) Mimpi mengandung dan bersalin (bagi perempuan)
3) Mimpi jatuh dari tempat tinggi atau berada di tempat tinggi
4) Mimpi melihat haiwan seperti ular, anjing, unta, tikus, serigala, kucing dan sebagainya.
5) Kedengaran bunyi gigi berlaga ketika tidur.
6) Menangis, ketawa atau menjerit-jerit ketika tidur.
7) Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8.) Mimpi berada di tempat sunyi.
9) Mimpi berada di kawasan perkuburan atau tempat kotor.
10) Mimpi buruk dan menyeramkan seperti melihat sesuatu yang mengancam diri atau makhluk yang menggerunkan. Namun adakalanya, insan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebiasaannya mimpi itu berlaku dalam keadaan ‘kena tindih’. Adakalanya orang berkenaan tersedar dalam keadaan cemas dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, bertakbir atau sebagainya.
11) Kerap rasa berdebar-debar.
12) Resah dan gelisah sehingga takut dan cemas berjumpa orang ramai termasuklah kaum keluarga. Ada juga kes sehingga pesakit berkenaan takut untuk menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah serta menghadiri majlis keramaian seperti kenduri-kendara.
13) Sering rasa seperti hendak mati.
14) Suka bersendirian dan mengasingkan diri.
15) Menghadapi masalah skizofrenia.
16) Mengalami masalah istihadah atau kitaran haid yang tidak normal (di kalangan perempuan).
17) Mengalami penyakit kanser, fibroid atau mempunyai ketumbuhan dalam badan.
18) Mengalami penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit keturunan seperti gout, kencing manis, darah tinggi dll.
19) Kesakitan pada anggota badan terutamanya tulang belakang, belikat.
20) Mengalami masalah zuriat.
21) Cepat panas baran.
22) Susur-galur keturunan ada yang menjadi bomoh, pawang, bomoh patah, tukang urut, atau mak andam.
23) Mengetahui perkara-perkara yang mustahil diketahui oleh orang lain.
24) Kesan lebam pada anggota badan. Ada tanda . . @
pada bahagian yang lebam @ pada tubuh badan.
Saka Harimau adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan, pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris.
Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.

Matlamat

Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

Status

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya.

Penelitian secara ilmiah

Penjelasan ini mungkin digunakan bagi menjelaskan mereka yang panas baran. Keluarga yang panas baran mungkin dijauhi orang kampung kerana takut mendapat menantu yang suka memukul pasangannya.

Pautan luar


Alam Ghaib
Saka Harimau
Alam:
Berbentuk fizikal:
Tidak diketahui
Mampu berubah bentuk:
Tidak diketahui
Mampu menyerupai manusia:
Tidak diketahui
Menghisap darah:
Tidak diketahui
Dipelihara:
Ya
Bermasyarakat :
Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus
yang dipelihara bagi
menjaga diri dan harta benda.















Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.

Kedatangan Islam

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupu hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin,golongan ini dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang masih menebal ini menyebabkan masih ada lagi yang terkeliru perbezaan antara Islam dan kebudayaan Melayu.Ini mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan tersebut adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap sebagai satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Peranan media massa

Pelbagai filem hantu Melayu diadaptasikan seperti 'Pontianak', 'Dendam Pontianak', dan 'Pontianak Gua Musang' mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah. Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti majalah 'Mastika' dan 'Tok Ngah'. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malahan dokumentari alam ghaib seperti 'Filem Melangkah ke Alam Ghaib' dan 'Misteri Nusantara' di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan hantu.

Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :
§  Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat sebelum berpindah ?
§  Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
§  Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
§  Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
§  Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Ciri-ciri umum

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya ketika bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.
Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Jenis-jenis hantu

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
2.   Polong
3.   Toyol
4.   Pelesit
6.   Hantu Raya
8.   Langsuir
9.   Bota
10. Bajang
11. Bunian
22. Puaka

[sunting]Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengubati pesakit.
Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
§  Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.
§  Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
§  Menurut ajaran keagamaan masing-masing.
Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan si pesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

[sunting]Bersahabat dengan jin

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pengamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.

Cara berhubung dengan sahabat jin

§  Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan , membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
§  Di Terengganu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
§  Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja. entah betul entah tidak bomoh tersebut berbahasa Inggeris.
§  Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa. Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.

Menurut cara perubatan Islam

§  Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti ustaz, Imam, lebai, pak aji atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini dengan bacaan al Quran. Mereka yang sakit biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat, dan biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi menyegar badan. Selain itu air yang dibacakan bacaan al Quran diberi munum bagi memulih/penguat semangat pesakit. Ini sama seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
§  Bagi orang Melayu, hantu boleh dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci. Oleh itu, orang Melayu menyimpan al Quran di rumah. Selain itu ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya.Dengan harapan, hiasan quran ini dapat menghalau jin tanpa beramal dengannya. Perkara ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar, kerana Al Quran adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan.